MANA YANG PENTING DAN IKUT ATURAN?

Antara daun harimau beranak, jamu aisyah dan kaedah rebusan suma, mana yang penting dulu diamalkan jika keguguran dan bersalin?

Jawapannya:
Selepas bersalin, badan kita masih bengkak, kembang, masuk angin dan fragile. Darah kotor perlu dikeluarkan secepat mungkin supaya tak mengganggu proses baikpulih si ibu.
Sisters,
Jawapannya adalah minum dulu air rebusan daun harimau beranak.
Jika anda konsisten, disiplin, jaga pantang makan minum, insyallah dalam masa seminggu anda akan dapati badan dah sihat banyak.
Bengkak badan, kembang, muka yang sembab akan kembali normal, dan wajah kemerahan, kerana darah lancar dan darah kotor juga semakin lancar keluar dan tak berbau.
Anda boleh skip step bercemu (minum air daun harimau beranak), tapi result takkan sama, dan takkan dapat kesan optimum. 
Anak kuning juga kita boleh minum air daun harimau beranak, kerana daun ini kesan panas sederhana, dan sesuai untuk ibu bersalin. 
Bukan akar kayu, bukan herba yang panas melampau, hanya daun hutan yang dah dikeringkan saja.
Banyak lagi khasiat daun cemu yang saya sendiri pun belum gali habis.
Khazanah dari hutan, banyak rahsia, banyak khasiat. Terutama sekali jika ia tumbuh di atas gunung, jauh dari manusia dan di atas tanah yang subur.
Contohnya, kisah seorang customer yang bercerita tentang ibunya yang dah dapat menggerakkan jari selepas 2 hari bercemu.
Saya taknak up testimoni tu, sebab,
Taknak daun ni jadi penyebab orang fikir boleh ubat 1001 penyakit.
Taknak jadi penyebab orang tinggalkan ubat doktor yang wajib dimakan setiap hari (contohnya ubat darah tinggi dan kencing manis)
Taknak jadi penyebab orang lain fikir boleh claim apa saja pada produk mereka yang dijual sedangkan mereka tak tahu pun apa fungsi produk mereka yang sebenarnya.
Betul, saya berat hati nak berkongsi cerita orang. Hanya cerita yang saya rasakan sesuai saja dikongsi.
Pernah ada yang tanya, boleh ke mak dia tinggalkan ubat saraf selepas minum air daun cemu ada perubahan? 
Saya terkejut, dan jawab TAK BOLEH. 😱
APA-APA MESTI RUJUK DOKTOR.
NATURAL REMEDY IS NATURAL REMEDY, TO PREVENT AND CURE, tapi jika dah ambil ubat doktor, dah ada jadual makan setiap hari, tolong jangan pandai-pandai tinggalkan. 😊
Dalam 1000+ customer daun cemu, tak pernah lagi saya terima feedback negative. Alhamdulillah, saya doakan anda kekal sihat dengan keadaan sekarang.
Ingat, daun ini hanya ASBAB saja. 

Selebihnya, dengan izin ALLAH. 😊
Terima kasih kerana seronok berbual dengan saya, kenal lebih rapat, terima nasihat dan teguran, dan tak segan berkongsi cerita kisah duka dan gembira. 
PS: Jika masa mengizinkan, saya akan beritahu aturan makan step by step untuk ibu berpantang dan keguguran. Draft dah ada, hanya perlu dikemaskini saja.
#masturarashid

#argonvalley

#daunharimauberanak

#jamuaisyah

#kayumanisflores

Comments

  1. Nurdaiela says:

    Salam sis.. macam mna nak order daun ni ye?

    1. argonvalley says:

      Wasalam. sis boleh order di http://www.argonvalley.com/miracleleaf

  2. Kuza says:

    Salam bagi peranakan jatuh macamana ye

    1. argonvalley says:

      wasalam. haii..saya sarankan minum air daun harimau beranak. sekarang order daun harimau beranak dah dibuka. available september nanti. order di http://www.argonvalley.com/miracleleaf atau wasap saya dgn klik link ni ya.
      http://rempahratus.wasap.my

Nak tanya sesuatu?